Thursday, February 16, 2012

DALAM KENANGAN 1

Salam Ukhwah buat pembaca-pembaca KM...
Entri aku kali nie agak menarik jugak...
Rasanyalah kott...hehe~
Bagi aku kenangan di zaman persekolahan adalah kenangan terindah yang sukar untuk dilupakan dalam masa sehari,sebulan,setahun...sepuluh tahun pun rasanya belum cukup untuk melupakan kenangan di zaman persekolahan.Terlalu indah untuk diingati dan terlalu pahit untuk dilupakan.
Entah mengapa sejak dua menjak nie kenangan semasa bersekolah di SAMPJ sering bermain-main di minda aku sampai terbawak dalam mimpi lagi.Hehehe~
Walaupun SAMPJ adalah sebuah sekolah yang 'comel' dan tidak semegah sekolah-sekolah yang lain namun SAMPJ ada keistimewaan yang tidak ada pada sekolah yang lain.Aku pasti warga SAMPJ sendiri dapat merasakan ikatan ukhwah yang kuat antara pelajar,guru mahupun kakitangan SAMPJ yang juga aku rasakan semasa belajar di SAMPJ.Hubungan yang rapat ibarat satu keluarga.


Kenangan semasa di tingkatan 5 Kamil adalah kenangan yang tidak akan pernah aku lupakan seumur hidup.Adalakalanya kami ketawa bersama,bergurau bersama...dan juga menangis bersama.Segala pahit dan manis  telah sama-sama kami telan.Kena marah kena puji itu semua adat menjadi seorang pelajar.Yang penting kami sentiasa bersama dan saling membantu antara satu sama lain.

Terpanjanglah pulak muqaddimah aku..haha~
Sebenarnya nak memperkenalkan kawan-kawan lelaki jerr..
Terima kasihlah dekat korang semua sebab dah mencipta kenangan yang indah yang akan sentiasa kita ingati sampai bila-bila.Koranglah kawan yang sporting,baik dan sentiasa cuba untuk menegur dengan halus sekiranya kami(pelajar perempuan) melakukan kesilapan.Seorang kawan yang baik adalah kawan yang akan menegur kawannya apabila kawannya melakukan kesilapan atau tersalah langkah.Kalau tiada orang yang sudi menegur,kita takkan sedar kesalahan yang telah kita lakukan. Walupun masa zaman persekolahan dulu korang(pelajar lelaki) agak 'gila-gila' tapi itulah yang menambahkan lagi seri dalam kelas 5 Kamil!!!Kalau boleh dirakam dan lihat semula walau 100 kali pun rasanya takkan jemu..hehe~
korang memang boleh masuk raja lawak!!tak pun maharaja lawak!!ataupun opera van java versi MAFIAS.
Mesti rating tinggi punya...hehe~

    Bekas pelajar lelaki 5 KAMIL!!                                           

KETUA KELAS 5 KAMIL 2011







p/s:Tentang profil kawan-kawan perempuan 5 kamil on the way yer...hehe~
      Harap bersabar....^_^ "mintak ampun..mintak maaf seandainya ada yang terasa hati dengan entri     nie..mintak ampun dari hujung kaki hingga hujung kepala...

Wednesday, February 15, 2012

BAKAL ADIKKU!!....tak ada rezeki....




Comelnyerr.....


Assalamualaikum...
kepada pembaca blog KM,terima kasih kerana meluangkan masa anda membaca entri nie.
Agak-agaknya kenapa ada gambar baby pada entri kali ini???
Hmmmm....kenapa yerr???

Kalau nak tahu aku dengan adik beradik yang lain teringin sangat nak ada adik secomel dan sesihat nie.Almaklumlah asyik main dengan anak jiran kitaorang,Adam dengan Hazim jekan teringin jugak nak ada adik sendiri.Sampai aku pernah bermimpi yang umi aku mengandung!!!Dahsyat2...

Tapi sebabnya adalah kerana.....biar aku cerita...cerciter-cerciter..

Beberapa hari yang lepas umi aku pergi hospital pusrawi untuk buat medical check-up sebab sakit puan.Beberapa jam kemudian kakak dan abah aku balik dari hospital tanpa umi.
Aku tertanya-tanya mana umi???Abah cakap umi kena tahan wad sebab KEGUGURAN!
    WHAT KEGUGURAN???
Bagai nak terkeluar jantung aku dibuatnya.Aku ingat abah bergurau je rupanya memang betul umi keguguran dan doktor sedang cuci darah yang masih bersisa dalam rahim.
Memang tak terlintas dalam fikiran aku yang umi akan hamil lagi tapi semua tu tak mungkin kalau Allah itu berkehendak.Umi ada bagi tahu tak datang bulan nak dekat tiga bulan,bila pergi klinik doktor panel cakap mungkin masalah hormon.Sebab umur umi aku dah mencecah 46 tahun.Umi aku pun tak adalah buat urine test  sebab doktor dah cakap macam tu.Then beberapa hari kemudian umi cakap yang umi dah datang bulan tapi darah mengalir tak berhenti,umi aku pun risaulah sebab umi aku ada talesimia(kurang darah merah).Esoknya umi ,abah dan kakak aku pergi hospital check-up doktor cakap keguguran.Terkejutnya kami mendengar berita itu.Kami langsung tak sangka yang umi aku akan mengandung lagi almaklumlah adik bongsu aku pun dah 15 tahun.Aku tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku waktu tu.Sedih??entahla...mungkin berita tu terlalu mengejut.
Tapi menurut doktor kandungan tu cakap kandungan umi baru tahap permulaan.Baru segumpal darah mungkin!!Mungkin tak lekat sebab rahim umi aku tak kuat.
Tapi bila berita nie sampai dekat adik beradik umi aku ada jugak yang tergelak sebab terkezut!!!hehe...
Nampaknya belum ada rezeki lagi aku nak dapat adik baru.Insya-Allah kalau ada rezeki mungkin umi akan mengandung lagi tapi aku tak terlalu berharap sangat sebab faktor umur.Umur umi pun dah masuk lingkungan 40-an.Mungkin akan ada komplikasi kalau hamil seusia nie.Kalau amik anak angkat pun okey jugakkan.Hehehe...
Walau apapun aku tetap gembira dan bersyukur meskipun mendapat berita kehamilan dan keguguran umi aku dalam waktu yang sama.Sekurang-kurangnya Allah memberi kami kesempatan untuk mengalami perasaan apabila menerima berita kehamilan umi aku!!!
Alhamdulillah aku dapat juga merasai pengalaman itu walaupun cuma sesaat.
Apa-apa pun thanks kepada sesiapa yang sudi meluangkan masa membaca entri nie yer..
Wassalam...

Monday, February 21, 2011

La Ikro Ha Fiddin

Beberapa hari yang lepas,akhirnya dapat jugak aku tengok cite "la ikro ha fiddin" nie buat kali yang ke-2...cewah akhirnya...macam dah kemaruk sangat jerr bunyinye...hehehe...
By the way cite nie memang gempakkk habess...
terhangat di pasaran ataupun macam pisang goreng...hehehe..(bagi akulah..orang laen no komen)
hahh...sebelum aku cerita penjang lebar pasal cite nie..korang tengok la sendiri apa yang ada kat dalam gambar bawah nie.....

tak de apa2 pown sebenarnye just nak tunjuk gambar muka depan cite nie...
nak taw apa yang best pasal cite nie..???
Nie my personal suggestion larr...cite ada unsur romantik,gembira dan sedih...
Part yang paling aku suka dalam cite nie part romantik antara Dr.Edward (Zack X Factor) & Sharifah Amani (Norlia)..romantik yang aku maksudkan nie adalah dari segi percakapan bukan perbuatan yerr...
dan dialognya adalah seperti berikut(may be tak sama 100% lah)
Norlia: "Apa yang awak nak dalam dunia nie tapi tak dapat sehingga terpaksa mencuri"
Dr.Edward: "Hati awak"
Perghh..ayat die mantap bebb...
Kalau part sedih tu tak payah nak cite rr..memang banyak part yang sedih sehingga adalah seorang hamba ALLAH nie boleh menangis sampai berjurai2....Berjurai2 tu bebb..bukan menitis lagi...huhh dahsyat betoll...
(Jangan marah yerr kalau ada yang terasa)...
Banyak pulak orang tu membebel...okeylah antara pelakon yang telah menjayakan drama nie ialah..

       Hahh!!! nie lah hero dan heroin dalam cite nie..Zack X Factor ( Dr.Edward) & Sharifah Amani (Norlia)
                                         Sama cantik sama padan..bagai pinang dibelah dua...hehehe...

Bacalah sinopsis nie kalau nak tau jalan cerita tentang cite nie...

Drama yang mengisahkan seorang doktor bukan Muslim bernama Doktor Edward yang telah merantau ke seluruh pelusuk nusantara termasuk Indonesia sehingga kembali ke tanahair dan minta dihantar bertugas di sebuah kawasan desa iaitu Paloh Hinai. Disana dia bertemu dengan Nurlisa seorang graduan Al – Azhar yang mengajar agama kepada kanak-kanak di kampong itu.
Persahabatan baik antara mereka akhirnya membibitkan perasaan cinta antara mereka berdua tetapi Nurlisa menarik diri dari meneruskan perhubungan ini kerana beliau tidak mahu menghampakan Dr Edward kerana sedarnya hayatnya tidak panjang dek kerana penyakit barah hati yang dihidapinya.
Dr Edward pula berhadapan dengan pelbagai patient di desa itu tetapi 3 orang patient yang sangat menyentuh hatinya ialah seorang madam berbangsa Cina ( lakonan Louisa Chong), seorang abang berbangsa India bernama Doraisamy serta Nurlisa sendiri ( beliau baru mengetahui akan penyakit Nurlisa kerana ayahnya yang memberitahu penyakit Nurlisa kepada doktor muda itu). Ketiga -tiga mereka menghidap penyakit buah pinggang, buta mata serta kanser hati.
Hati Dr Edward telah terbuka untuk menerima Islam dan beliau mengambil keputusan untuk memeluk Islam dengan kerelaan hatinya tanpa diketahui keluarganya dan nama islamnya adalah Daud. Rahsianya telah memeluk Islam hanya disampaikan kepada seorang Sister ( lakonan Susan Lankaster). Serentak dengan itu, beliau telah memberi wasiat berupa 3 pucuk surat kepada Sisternya itu. Syaratnya adalah surat itu hanya boleh dibuka apabila berlaku kejadian yang tidak diingini berlaku padanya ( termasuklah kematian)
Suatu hari, Dr Edward telah pergi ke suatu tempat di kampong itu. Disitu beliau telah dibunuh oleh Samiri ( lakonan Fauzi Nawawi) dengan menolaknya jatuh ke gaung. Mayatnya dijumpai dan Sisternya yang mengetahui akan kematian Dr Edward telah membuka surat wasiat itu..
Walau bagaimanapun, endingnya amat menyayat hati apabila beliau telah menderma matanya ( kepada si Doraisamy), buah pinggangnya ( kepada si madam berbangsa Cina ) serta hatinya ( kepada Nurlisa ).

Lirik (Ost La Ikro Ha Fiddin)-Tuhan Berikanlah aku cinta (Ayushita)

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta
Trailer La Ikro Ha Fiddin~


Saturday, February 19, 2011

"SAHABAT"

Kehidupan seseorang itu akan lebih indah jika dia mempunyai sahabat...atau boleh didefinisikan sebagai seseorang yang rapat...cuba kita fikir2kan dan selidik adakah ada dalam dunia ini manusia yang tidak mempunyai sahabat...????




Sedangkan seburuk-buruk mana pun manusia itu atau sejahat mana pun manusia itu pasti dia akan ada seseorang yang rapat dengannya yang dikenali sebagai "sahabat"...

Kerana apa manusia itu perlukan "sahabat"..????
Mungkin terdapat segelintir manusia yang tidak terlalu open minded walaupun dengan family sendiri...???
atau mungkin mereka lebih senang untuk berkongsi cerita dengan sahabat mereka....???
Atau mungkin manusia memang memerlukan sahabat dalam kehidupan seharian....

Segala persoalan pasti akan ada jawapannya...
Dan jawapan itu pastinya akan ditemui dalam diri individu itu sendiri....
"Tepuk dada tanyalah Iman''

"Bak kata pepatah berkawan biar seribu...berkasih biar satu..."
Tapi tidak semestinya dalam beribu kawan yang dicari..sumenya akan mengajak kepada kebaikan...
Dan tidak semestinya dalam beribu kawan yang dicari..sumenya akan mengajak kepada keburukan...
Diri kita sendirilah yang memainkan peranan penting dalam memilih kawan..
kerana kawan yang akan kita pilih akan mencerminkan diri kita....
Jika wangi kawan itu,maka wangilah kita...
Jika busuk kawan itu,maka busuklah kita..
Jadi kita jangan sesekali tersalah langkah dalam memilih sahabat...
Memilih sahabat biarlah sahabat yang membawa kita dekat dengan ALLAH..
dan jauh dari NERAKA!!!

                                                                   

                                                                         "SAHABAT"..