Thursday, February 16, 2012

DALAM KENANGAN 1

Salam Ukhwah buat pembaca-pembaca KM...
Entri aku kali nie agak menarik jugak...
Rasanyalah kott...hehe~
Bagi aku kenangan di zaman persekolahan adalah kenangan terindah yang sukar untuk dilupakan dalam masa sehari,sebulan,setahun...sepuluh tahun pun rasanya belum cukup untuk melupakan kenangan di zaman persekolahan.Terlalu indah untuk diingati dan terlalu pahit untuk dilupakan.
Entah mengapa sejak dua menjak nie kenangan semasa bersekolah di SAMPJ sering bermain-main di minda aku sampai terbawak dalam mimpi lagi.Hehehe~
Walaupun SAMPJ adalah sebuah sekolah yang 'comel' dan tidak semegah sekolah-sekolah yang lain namun SAMPJ ada keistimewaan yang tidak ada pada sekolah yang lain.Aku pasti warga SAMPJ sendiri dapat merasakan ikatan ukhwah yang kuat antara pelajar,guru mahupun kakitangan SAMPJ yang juga aku rasakan semasa belajar di SAMPJ.Hubungan yang rapat ibarat satu keluarga.


Kenangan semasa di tingkatan 5 Kamil adalah kenangan yang tidak akan pernah aku lupakan seumur hidup.Adalakalanya kami ketawa bersama,bergurau bersama...dan juga menangis bersama.Segala pahit dan manis  telah sama-sama kami telan.Kena marah kena puji itu semua adat menjadi seorang pelajar.Yang penting kami sentiasa bersama dan saling membantu antara satu sama lain.

Terpanjanglah pulak muqaddimah aku..haha~
Sebenarnya nak memperkenalkan kawan-kawan lelaki jerr..
Terima kasihlah dekat korang semua sebab dah mencipta kenangan yang indah yang akan sentiasa kita ingati sampai bila-bila.Koranglah kawan yang sporting,baik dan sentiasa cuba untuk menegur dengan halus sekiranya kami(pelajar perempuan) melakukan kesilapan.Seorang kawan yang baik adalah kawan yang akan menegur kawannya apabila kawannya melakukan kesilapan atau tersalah langkah.Kalau tiada orang yang sudi menegur,kita takkan sedar kesalahan yang telah kita lakukan. Walupun masa zaman persekolahan dulu korang(pelajar lelaki) agak 'gila-gila' tapi itulah yang menambahkan lagi seri dalam kelas 5 Kamil!!!Kalau boleh dirakam dan lihat semula walau 100 kali pun rasanya takkan jemu..hehe~
korang memang boleh masuk raja lawak!!tak pun maharaja lawak!!ataupun opera van java versi MAFIAS.
Mesti rating tinggi punya...hehe~

    Bekas pelajar lelaki 5 KAMIL!!                                           

KETUA KELAS 5 KAMIL 2011







p/s:Tentang profil kawan-kawan perempuan 5 kamil on the way yer...hehe~
      Harap bersabar....^_^ "mintak ampun..mintak maaf seandainya ada yang terasa hati dengan entri     nie..mintak ampun dari hujung kaki hingga hujung kepala...

Wednesday, February 15, 2012

BAKAL ADIKKU!!....tak ada rezeki....




Comelnyerr.....


Assalamualaikum...
kepada pembaca blog KM,terima kasih kerana meluangkan masa anda membaca entri nie.
Agak-agaknya kenapa ada gambar baby pada entri kali ini???
Hmmmm....kenapa yerr???

Kalau nak tahu aku dengan adik beradik yang lain teringin sangat nak ada adik secomel dan sesihat nie.Almaklumlah asyik main dengan anak jiran kitaorang,Adam dengan Hazim jekan teringin jugak nak ada adik sendiri.Sampai aku pernah bermimpi yang umi aku mengandung!!!Dahsyat2...

Tapi sebabnya adalah kerana.....biar aku cerita...cerciter-cerciter..

Beberapa hari yang lepas umi aku pergi hospital pusrawi untuk buat medical check-up sebab sakit puan.Beberapa jam kemudian kakak dan abah aku balik dari hospital tanpa umi.
Aku tertanya-tanya mana umi???Abah cakap umi kena tahan wad sebab KEGUGURAN!
    WHAT KEGUGURAN???
Bagai nak terkeluar jantung aku dibuatnya.Aku ingat abah bergurau je rupanya memang betul umi keguguran dan doktor sedang cuci darah yang masih bersisa dalam rahim.
Memang tak terlintas dalam fikiran aku yang umi akan hamil lagi tapi semua tu tak mungkin kalau Allah itu berkehendak.Umi ada bagi tahu tak datang bulan nak dekat tiga bulan,bila pergi klinik doktor panel cakap mungkin masalah hormon.Sebab umur umi aku dah mencecah 46 tahun.Umi aku pun tak adalah buat urine test  sebab doktor dah cakap macam tu.Then beberapa hari kemudian umi cakap yang umi dah datang bulan tapi darah mengalir tak berhenti,umi aku pun risaulah sebab umi aku ada talesimia(kurang darah merah).Esoknya umi ,abah dan kakak aku pergi hospital check-up doktor cakap keguguran.Terkejutnya kami mendengar berita itu.Kami langsung tak sangka yang umi aku akan mengandung lagi almaklumlah adik bongsu aku pun dah 15 tahun.Aku tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku waktu tu.Sedih??entahla...mungkin berita tu terlalu mengejut.
Tapi menurut doktor kandungan tu cakap kandungan umi baru tahap permulaan.Baru segumpal darah mungkin!!Mungkin tak lekat sebab rahim umi aku tak kuat.
Tapi bila berita nie sampai dekat adik beradik umi aku ada jugak yang tergelak sebab terkezut!!!hehe...
Nampaknya belum ada rezeki lagi aku nak dapat adik baru.Insya-Allah kalau ada rezeki mungkin umi akan mengandung lagi tapi aku tak terlalu berharap sangat sebab faktor umur.Umur umi pun dah masuk lingkungan 40-an.Mungkin akan ada komplikasi kalau hamil seusia nie.Kalau amik anak angkat pun okey jugakkan.Hehehe...
Walau apapun aku tetap gembira dan bersyukur meskipun mendapat berita kehamilan dan keguguran umi aku dalam waktu yang sama.Sekurang-kurangnya Allah memberi kami kesempatan untuk mengalami perasaan apabila menerima berita kehamilan umi aku!!!
Alhamdulillah aku dapat juga merasai pengalaman itu walaupun cuma sesaat.
Apa-apa pun thanks kepada sesiapa yang sudi meluangkan masa membaca entri nie yer..
Wassalam...