Thursday, February 16, 2012

DALAM KENANGAN 1

Salam Ukhwah buat pembaca-pembaca KM...
Entri aku kali nie agak menarik jugak...
Rasanyalah kott...hehe~
Bagi aku kenangan di zaman persekolahan adalah kenangan terindah yang sukar untuk dilupakan dalam masa sehari,sebulan,setahun...sepuluh tahun pun rasanya belum cukup untuk melupakan kenangan di zaman persekolahan.Terlalu indah untuk diingati dan terlalu pahit untuk dilupakan.
Entah mengapa sejak dua menjak nie kenangan semasa bersekolah di SAMPJ sering bermain-main di minda aku sampai terbawak dalam mimpi lagi.Hehehe~
Walaupun SAMPJ adalah sebuah sekolah yang 'comel' dan tidak semegah sekolah-sekolah yang lain namun SAMPJ ada keistimewaan yang tidak ada pada sekolah yang lain.Aku pasti warga SAMPJ sendiri dapat merasakan ikatan ukhwah yang kuat antara pelajar,guru mahupun kakitangan SAMPJ yang juga aku rasakan semasa belajar di SAMPJ.Hubungan yang rapat ibarat satu keluarga.


Kenangan semasa di tingkatan 5 Kamil adalah kenangan yang tidak akan pernah aku lupakan seumur hidup.Adalakalanya kami ketawa bersama,bergurau bersama...dan juga menangis bersama.Segala pahit dan manis  telah sama-sama kami telan.Kena marah kena puji itu semua adat menjadi seorang pelajar.Yang penting kami sentiasa bersama dan saling membantu antara satu sama lain.

Terpanjanglah pulak muqaddimah aku..haha~
Sebenarnya nak memperkenalkan kawan-kawan lelaki jerr..
Terima kasihlah dekat korang semua sebab dah mencipta kenangan yang indah yang akan sentiasa kita ingati sampai bila-bila.Koranglah kawan yang sporting,baik dan sentiasa cuba untuk menegur dengan halus sekiranya kami(pelajar perempuan) melakukan kesilapan.Seorang kawan yang baik adalah kawan yang akan menegur kawannya apabila kawannya melakukan kesilapan atau tersalah langkah.Kalau tiada orang yang sudi menegur,kita takkan sedar kesalahan yang telah kita lakukan. Walupun masa zaman persekolahan dulu korang(pelajar lelaki) agak 'gila-gila' tapi itulah yang menambahkan lagi seri dalam kelas 5 Kamil!!!Kalau boleh dirakam dan lihat semula walau 100 kali pun rasanya takkan jemu..hehe~
korang memang boleh masuk raja lawak!!tak pun maharaja lawak!!ataupun opera van java versi MAFIAS.
Mesti rating tinggi punya...hehe~

    Bekas pelajar lelaki 5 KAMIL!!                                           

KETUA KELAS 5 KAMIL 2011







p/s:Tentang profil kawan-kawan perempuan 5 kamil on the way yer...hehe~
      Harap bersabar....^_^ "mintak ampun..mintak maaf seandainya ada yang terasa hati dengan entri     nie..mintak ampun dari hujung kaki hingga hujung kepala...

No comments:

Post a Comment